Harga

Harga

Tebang Pokok, Mesin Rumput, Mengecat dan kerja2 am

Tebang Pokok, Mesin Rumput, Mengecat dan kerja2 am

FUTSAL & BADMINTON COURT CONSTRUCTIONS

FUTSAL & BADMINTON COURT CONSTRUCTIONS

Monday, April 18, 2011

Produk baru

Salam semua...

















Saya nak kenalkan produk baru DODOL MELAKA, dalam CUP.

Ada 3 jenis cup.

1) Cup kecil (60sen/cup) 2) Cup besar 60g (RM1.00/cup) 3) Cup besar 100g (RM1.50/cup)







Ketiga2 cup ini boleh diisi dengan semua jenis dodol (dodol biasa/durian/pandan/wajik sirat), boleh dicampur kesemua jenis dodol dalam satu order, dan harga masih tetap sama mengikut saiz cup.
DODOL segitiga kecil

Bagi dodol segitiga kecil, seperti yang telah saya tulis dalam post sebelum, harga NAIK sikit.

Jenis2 dodol masih tetap sama, dan harga juga sama tanpa mengira jenis dodol.
Bagi dodol segitiga kecil, harga adalah seperti berikut

RM 9 / 1/2kg RM 18 / 1kg









Sekian, kalau nak order calling2 la yer.

Jamal
19/4/2011

Monday, April 11, 2011

Naik Naik Naik

Salam Semua...

Syukur kerana masih dipanjangkan umur kita...

Saya ingin memberitahu kepada semua, bahawa ade KENAIKAN dalam harga dodol utk tahun 2011. Ye la barang semua naik harga, minyak naik, santan naik, plastik naik...

Saya masih lagi belum mendapat senarai harga terbaru utk semua jenis.

Cuma buat masa ni harga baru DODOL KECIL (Segitiga) ialah RM 18/kg. Harga lama RM16/kg.

Sekian wsalam
Jamal
11/4/2011

Tuesday, October 12, 2010

Pemindahan postings

Bismillah...

Salam.

Saya akan cuba utk memindahkan postings2 saya yg tidak berkaitan dgn dodol, ke blog saya yg baru iaitu

http://lelakidalamcermin.blogspot.com/

Sebab saya rasa cam bercelaru pulak dodolmelakaonline dgn posting2 saya yg lain.

So lepas ni saya akan pindahkan posting2 lama saya ke blog baru, secara berperingkat.

Selamat membaca (ade ke org baca? hehehehe)

Terima kasih

Jamal

Thursday, September 23, 2010

Cabaran...

Assalamualaikum

(ditulis pada Khamis 23 Sept)

Minggu ini ade sedikit cabaran utk saya.

Ada order dari Pahang, sebanyak 16kg dodol... Saya di KL, dodol di Melaka...

Order masuk hari Isnin (kalau x silap), dan saya kena check dulu stock di Melaka. Stock takde, dan dorang inform saya paling awal pun dorang boleh siapkan order saya hari Khamis petang...

Then saya kena hantar pulak ke Pahang... courier...

So hari Khamis, saya halfday.. Tengahari saya terus ke Melaka. Ambik dodol... Hari sebelum tu saya dah call beberapa courier service, tanye samada sempat ke kalau saya hantar dodol hari Khamis petang, dan sampai pada hari Jumaat.. sebab customer nak guna dodol tu Sabtu pagi utk jamuan.. Ade courier yg tak berani janji, ada courier yg kata boleh...

Bila saya ke courier ni.. dia pun call Kuantan branch, dan katanya boleh (InsyaAllah...). Dia pun suruh timbang. Berat dodol + kotak = 18kg...

Katanya 1kg = RM14!!! Ya Allah... mahal nyer! Pastu dia kata kalau lebih berapa kg harga jadi murah sikit.. etc.

Bila dikira2, 18kg = RM160!! Ke jadahnye! Kalau RM160 nak claim kat customer, mesti org rasa mahal.. dan cost jadi mahal la. Baik saya je yg hantar ke Kuantan (tak tau la berapa cost nak gi Kuantan sebenarnye..).

Adik kat courier service tu pun serba salah. Dia pun mencadangkan saya guna perkhidmatan BAS EXPRESS! Saya pun terfikir jugak... Tumpang bas express jer... Ramai org buat kan...

Dan saya pun terus ke Melaka central, tanye bas ni, dia kata kalau nak tumpang2 barang, itu kena discuss dgn driver. Itu di luar bidang kuasa dia. Katanya company/counter tak nak nanti bertanggungjawab kalau ade kehilangan barang ke, barang tak sampai ke... Betul jugak...

So malam ni saya akan ke stesen bas lagi skali... InsyaAllah harap2 ade la bas yg membantu.

... to be continued...

(ditulis pada Isnin 28 sept)

Pada hari Khamis malam jumaat lepas, saya pun ke stesen bas Melaka sentral dgn member. Saya jumpa la bas Sri Bumi ke ape ke... terus saya tanye pada driver dia, boleh tak saya nak tumpang barang ke Kuantan. Dia kata ok. Saya pun bawak masuk kereta, dan bagi dodol tu pada pembantu bas. Pastu saya tanya dia berapa upah saya nak bagi ni.. dia kata berapa2 jer. Saya pun upah la RM20.
Saya ambil no tel dia, saya sms pada customer di Kuantan. Bas bertolak 9:30mlm dr Melaka dan dijangka tiba di Kuantan 1:15am.
Saya berdoa je la barang tu sampai. At least saya bersyukur kerana bas tu dah bawak dodol.

Selesai hantar barang, saya dgn member ke Alor Gajah, kolam air panas Gadek. Lepak2 rendam kaki.. menenangkan fikiran.

Esok pagi saya sms customer, dia dah pun dapat dodol. Alhamdulillah.

Fuh.. jimat. Bayangkan nak kena bayar beratus ringgit.. Tak terfikir.

Cuma saya terfikir, betul ke cara kita tumpang bas express & bayar pada driver ni. Halal ke cara ni. Mmg ramai org kita yg buat dan semua yg buat rasa tak salah... Tapi hati kecil saya rasa cara ini SALAH.

Point saya ialah
Kenderaan/bas itu bukan milik driver. Driver hanya pekerja yg memandu bas ke destinasi shj. Kalau kita tumpang barang dan bayar pada driver, seolah2 driver menggunakan bas syarikat utk mendapat keuntungan sendiri. Saya tidak rasa sepatutnya pekerja menggunakan hak/kenderaan syarikat utk membuat untung sendiri. Bayangkan kalau driver menggunakan kenderaan syarikat utk membuat duit.. itu adalah tidak betul. Dan kita yg membayar, konon2 upah, pada driver, sedangkan tu bukan bas dia. Kalau kita nak upah, kena la upah pada syarikat, bukan pada driver personal. Ruangan barang itu pun bukan hak kita, tetapi hak syarikat dan hak penumpang2 yg membeli tiket.

Saya rasa cara yg betul ialah dengan MEMBELI TIKET bas. Kita beli tiket bas, kemudian kita hantar barang kita. Kira seat yg kita beli tu utk barang, bukan utk orang. Sebab kalau kita dah beli tiket, kita sah utk naik bas tu, dan sah utk membawa barang kita...

Saya rasa la...

Jawapan kepada persoalan
*** Kemudian saya tanye pada seorang ustaz untuk permasalahan saya. Menurut pendapat ustaz ni, selagi driver itu buat dengan KEBENARAN DARI SYARIKAT, tidak ada masalah. Maksudnya syarikat tahu ade xtvt2 hantar barang ini, dan syarikat mmg bagi kebenaran utk driver menerima penghantaran barang2 cam ni. ***

Semoga Allah memberi kita hidayah & taufik utk memahami ilmu Allah..

Jamal

Sunday, September 12, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum,

Saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam.

Kepada semua pelanggan yg membeli dodol, saya ingin mengucapkan berbanyak2 TERIMA KASIH.

Kalau ada tersalah & tersilap, saya ingin memohon maaf.

InsyaAllah, kalau nak order dodol lagi, boleh la contact saya.

Wsalam

Jamal

Monday, August 16, 2010

Packing Terbaru

Assalamualaikum,

Baru2 ni saya ke tempat dodol di Melaka, utk ambik sample, nak promote bulan puasa ni.

Dan saya nampak packing terbaru, iaitu packing dalam bekas/mangkuk. Refer gambar ni


Ok, dodol yang dalam packing biasa tu (sekilo/ setengah kilo), boleh dimasukkan dalam ni. Jadi saya kira lebih praktikal bekas ni dari plastik biasa. Sebab kita senang nak simpan.

Utk packing mangkuk ni, harga nya tambah RM1 dari yg packing biasa (kos plastik). Tapi mmg mudah nak simpan, lebih tahan, bertutup...

Kalau nak order, sila contact saya.

Terima kasih
Wssalam
Jamal

Thursday, August 12, 2010

HARGA DODOL 2010

Assalamualaikum,

Di bawah ialah harga dodol untuk tahun 2010. Saya bercadang mengekalkan harga tahun lepas, di samping ade sedikit perubahan2 lain.
Untuk jenis2 dodol masih lagi sama seperti sebelum ini, cuma tambahan ade perasa PANDAN!

Dan packing2 nya,

1) Standard pack 1/2 kg atau 1 kg, juga boleh masuk dalam bakul.


2) Kecil2 segitiga (cube), 1/2 kg atau 1 kg, atau dimasuk dalam bakul 300g, atau packing sandwich 280g




3) Cup (cawan kecil), dijual sebijik2 atau dipack 12 pcs.



Sila contact saya utk sebarang pertanyaan atau penempahan. Utk sekitar KL, Bangi, penghantaran boleh diuruskan. Charge penghantaran mungkin dikenakan jika agak jauh (spt Shah Alam, Subang Jaya...)

Terima kasih
Jamal