Harga

Harga

Tebang Pokok, Mesin Rumput, Mengecat dan kerja2 am

Tebang Pokok, Mesin Rumput, Mengecat dan kerja2 am

FUTSAL & BADMINTON COURT CONSTRUCTIONS

FUTSAL & BADMINTON COURT CONSTRUCTIONS

Thursday, September 23, 2010

Cabaran...

Assalamualaikum

(ditulis pada Khamis 23 Sept)

Minggu ini ade sedikit cabaran utk saya.

Ada order dari Pahang, sebanyak 16kg dodol... Saya di KL, dodol di Melaka...

Order masuk hari Isnin (kalau x silap), dan saya kena check dulu stock di Melaka. Stock takde, dan dorang inform saya paling awal pun dorang boleh siapkan order saya hari Khamis petang...

Then saya kena hantar pulak ke Pahang... courier...

So hari Khamis, saya halfday.. Tengahari saya terus ke Melaka. Ambik dodol... Hari sebelum tu saya dah call beberapa courier service, tanye samada sempat ke kalau saya hantar dodol hari Khamis petang, dan sampai pada hari Jumaat.. sebab customer nak guna dodol tu Sabtu pagi utk jamuan.. Ade courier yg tak berani janji, ada courier yg kata boleh...

Bila saya ke courier ni.. dia pun call Kuantan branch, dan katanya boleh (InsyaAllah...). Dia pun suruh timbang. Berat dodol + kotak = 18kg...

Katanya 1kg = RM14!!! Ya Allah... mahal nyer! Pastu dia kata kalau lebih berapa kg harga jadi murah sikit.. etc.

Bila dikira2, 18kg = RM160!! Ke jadahnye! Kalau RM160 nak claim kat customer, mesti org rasa mahal.. dan cost jadi mahal la. Baik saya je yg hantar ke Kuantan (tak tau la berapa cost nak gi Kuantan sebenarnye..).

Adik kat courier service tu pun serba salah. Dia pun mencadangkan saya guna perkhidmatan BAS EXPRESS! Saya pun terfikir jugak... Tumpang bas express jer... Ramai org buat kan...

Dan saya pun terus ke Melaka central, tanye bas ni, dia kata kalau nak tumpang2 barang, itu kena discuss dgn driver. Itu di luar bidang kuasa dia. Katanya company/counter tak nak nanti bertanggungjawab kalau ade kehilangan barang ke, barang tak sampai ke... Betul jugak...

So malam ni saya akan ke stesen bas lagi skali... InsyaAllah harap2 ade la bas yg membantu.

... to be continued...

(ditulis pada Isnin 28 sept)

Pada hari Khamis malam jumaat lepas, saya pun ke stesen bas Melaka sentral dgn member. Saya jumpa la bas Sri Bumi ke ape ke... terus saya tanye pada driver dia, boleh tak saya nak tumpang barang ke Kuantan. Dia kata ok. Saya pun bawak masuk kereta, dan bagi dodol tu pada pembantu bas. Pastu saya tanya dia berapa upah saya nak bagi ni.. dia kata berapa2 jer. Saya pun upah la RM20.
Saya ambil no tel dia, saya sms pada customer di Kuantan. Bas bertolak 9:30mlm dr Melaka dan dijangka tiba di Kuantan 1:15am.
Saya berdoa je la barang tu sampai. At least saya bersyukur kerana bas tu dah bawak dodol.

Selesai hantar barang, saya dgn member ke Alor Gajah, kolam air panas Gadek. Lepak2 rendam kaki.. menenangkan fikiran.

Esok pagi saya sms customer, dia dah pun dapat dodol. Alhamdulillah.

Fuh.. jimat. Bayangkan nak kena bayar beratus ringgit.. Tak terfikir.

Cuma saya terfikir, betul ke cara kita tumpang bas express & bayar pada driver ni. Halal ke cara ni. Mmg ramai org kita yg buat dan semua yg buat rasa tak salah... Tapi hati kecil saya rasa cara ini SALAH.

Point saya ialah
Kenderaan/bas itu bukan milik driver. Driver hanya pekerja yg memandu bas ke destinasi shj. Kalau kita tumpang barang dan bayar pada driver, seolah2 driver menggunakan bas syarikat utk mendapat keuntungan sendiri. Saya tidak rasa sepatutnya pekerja menggunakan hak/kenderaan syarikat utk membuat untung sendiri. Bayangkan kalau driver menggunakan kenderaan syarikat utk membuat duit.. itu adalah tidak betul. Dan kita yg membayar, konon2 upah, pada driver, sedangkan tu bukan bas dia. Kalau kita nak upah, kena la upah pada syarikat, bukan pada driver personal. Ruangan barang itu pun bukan hak kita, tetapi hak syarikat dan hak penumpang2 yg membeli tiket.

Saya rasa cara yg betul ialah dengan MEMBELI TIKET bas. Kita beli tiket bas, kemudian kita hantar barang kita. Kira seat yg kita beli tu utk barang, bukan utk orang. Sebab kalau kita dah beli tiket, kita sah utk naik bas tu, dan sah utk membawa barang kita...

Saya rasa la...

Jawapan kepada persoalan
*** Kemudian saya tanye pada seorang ustaz untuk permasalahan saya. Menurut pendapat ustaz ni, selagi driver itu buat dengan KEBENARAN DARI SYARIKAT, tidak ada masalah. Maksudnya syarikat tahu ade xtvt2 hantar barang ini, dan syarikat mmg bagi kebenaran utk driver menerima penghantaran barang2 cam ni. ***

Semoga Allah memberi kita hidayah & taufik utk memahami ilmu Allah..

Jamal

Sunday, September 12, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum,

Saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam.

Kepada semua pelanggan yg membeli dodol, saya ingin mengucapkan berbanyak2 TERIMA KASIH.

Kalau ada tersalah & tersilap, saya ingin memohon maaf.

InsyaAllah, kalau nak order dodol lagi, boleh la contact saya.

Wsalam

Jamal