Harga

Harga

Tebang Pokok, Mesin Rumput, Mengecat dan kerja2 am

Tebang Pokok, Mesin Rumput, Mengecat dan kerja2 am

FUTSAL & BADMINTON COURT CONSTRUCTIONS

FUTSAL & BADMINTON COURT CONSTRUCTIONS

Tuesday, October 12, 2010

Pemindahan postings

Bismillah...

Salam.

Saya akan cuba utk memindahkan postings2 saya yg tidak berkaitan dgn dodol, ke blog saya yg baru iaitu

http://lelakidalamcermin.blogspot.com/

Sebab saya rasa cam bercelaru pulak dodolmelakaonline dgn posting2 saya yg lain.

So lepas ni saya akan pindahkan posting2 lama saya ke blog baru, secara berperingkat.

Selamat membaca (ade ke org baca? hehehehe)

Terima kasih

Jamal

Thursday, September 23, 2010

Cabaran...

Assalamualaikum

(ditulis pada Khamis 23 Sept)

Minggu ini ade sedikit cabaran utk saya.

Ada order dari Pahang, sebanyak 16kg dodol... Saya di KL, dodol di Melaka...

Order masuk hari Isnin (kalau x silap), dan saya kena check dulu stock di Melaka. Stock takde, dan dorang inform saya paling awal pun dorang boleh siapkan order saya hari Khamis petang...

Then saya kena hantar pulak ke Pahang... courier...

So hari Khamis, saya halfday.. Tengahari saya terus ke Melaka. Ambik dodol... Hari sebelum tu saya dah call beberapa courier service, tanye samada sempat ke kalau saya hantar dodol hari Khamis petang, dan sampai pada hari Jumaat.. sebab customer nak guna dodol tu Sabtu pagi utk jamuan.. Ade courier yg tak berani janji, ada courier yg kata boleh...

Bila saya ke courier ni.. dia pun call Kuantan branch, dan katanya boleh (InsyaAllah...). Dia pun suruh timbang. Berat dodol + kotak = 18kg...

Katanya 1kg = RM14!!! Ya Allah... mahal nyer! Pastu dia kata kalau lebih berapa kg harga jadi murah sikit.. etc.

Bila dikira2, 18kg = RM160!! Ke jadahnye! Kalau RM160 nak claim kat customer, mesti org rasa mahal.. dan cost jadi mahal la. Baik saya je yg hantar ke Kuantan (tak tau la berapa cost nak gi Kuantan sebenarnye..).

Adik kat courier service tu pun serba salah. Dia pun mencadangkan saya guna perkhidmatan BAS EXPRESS! Saya pun terfikir jugak... Tumpang bas express jer... Ramai org buat kan...

Dan saya pun terus ke Melaka central, tanye bas ni, dia kata kalau nak tumpang2 barang, itu kena discuss dgn driver. Itu di luar bidang kuasa dia. Katanya company/counter tak nak nanti bertanggungjawab kalau ade kehilangan barang ke, barang tak sampai ke... Betul jugak...

So malam ni saya akan ke stesen bas lagi skali... InsyaAllah harap2 ade la bas yg membantu.

... to be continued...

(ditulis pada Isnin 28 sept)

Pada hari Khamis malam jumaat lepas, saya pun ke stesen bas Melaka sentral dgn member. Saya jumpa la bas Sri Bumi ke ape ke... terus saya tanye pada driver dia, boleh tak saya nak tumpang barang ke Kuantan. Dia kata ok. Saya pun bawak masuk kereta, dan bagi dodol tu pada pembantu bas. Pastu saya tanya dia berapa upah saya nak bagi ni.. dia kata berapa2 jer. Saya pun upah la RM20.
Saya ambil no tel dia, saya sms pada customer di Kuantan. Bas bertolak 9:30mlm dr Melaka dan dijangka tiba di Kuantan 1:15am.
Saya berdoa je la barang tu sampai. At least saya bersyukur kerana bas tu dah bawak dodol.

Selesai hantar barang, saya dgn member ke Alor Gajah, kolam air panas Gadek. Lepak2 rendam kaki.. menenangkan fikiran.

Esok pagi saya sms customer, dia dah pun dapat dodol. Alhamdulillah.

Fuh.. jimat. Bayangkan nak kena bayar beratus ringgit.. Tak terfikir.

Cuma saya terfikir, betul ke cara kita tumpang bas express & bayar pada driver ni. Halal ke cara ni. Mmg ramai org kita yg buat dan semua yg buat rasa tak salah... Tapi hati kecil saya rasa cara ini SALAH.

Point saya ialah
Kenderaan/bas itu bukan milik driver. Driver hanya pekerja yg memandu bas ke destinasi shj. Kalau kita tumpang barang dan bayar pada driver, seolah2 driver menggunakan bas syarikat utk mendapat keuntungan sendiri. Saya tidak rasa sepatutnya pekerja menggunakan hak/kenderaan syarikat utk membuat untung sendiri. Bayangkan kalau driver menggunakan kenderaan syarikat utk membuat duit.. itu adalah tidak betul. Dan kita yg membayar, konon2 upah, pada driver, sedangkan tu bukan bas dia. Kalau kita nak upah, kena la upah pada syarikat, bukan pada driver personal. Ruangan barang itu pun bukan hak kita, tetapi hak syarikat dan hak penumpang2 yg membeli tiket.

Saya rasa cara yg betul ialah dengan MEMBELI TIKET bas. Kita beli tiket bas, kemudian kita hantar barang kita. Kira seat yg kita beli tu utk barang, bukan utk orang. Sebab kalau kita dah beli tiket, kita sah utk naik bas tu, dan sah utk membawa barang kita...

Saya rasa la...

Jawapan kepada persoalan
*** Kemudian saya tanye pada seorang ustaz untuk permasalahan saya. Menurut pendapat ustaz ni, selagi driver itu buat dengan KEBENARAN DARI SYARIKAT, tidak ada masalah. Maksudnya syarikat tahu ade xtvt2 hantar barang ini, dan syarikat mmg bagi kebenaran utk driver menerima penghantaran barang2 cam ni. ***

Semoga Allah memberi kita hidayah & taufik utk memahami ilmu Allah..

Jamal

Sunday, September 12, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum,

Saya ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam.

Kepada semua pelanggan yg membeli dodol, saya ingin mengucapkan berbanyak2 TERIMA KASIH.

Kalau ada tersalah & tersilap, saya ingin memohon maaf.

InsyaAllah, kalau nak order dodol lagi, boleh la contact saya.

Wsalam

Jamal

Monday, August 16, 2010

Packing Terbaru

Assalamualaikum,

Baru2 ni saya ke tempat dodol di Melaka, utk ambik sample, nak promote bulan puasa ni.

Dan saya nampak packing terbaru, iaitu packing dalam bekas/mangkuk. Refer gambar ni


Ok, dodol yang dalam packing biasa tu (sekilo/ setengah kilo), boleh dimasukkan dalam ni. Jadi saya kira lebih praktikal bekas ni dari plastik biasa. Sebab kita senang nak simpan.

Utk packing mangkuk ni, harga nya tambah RM1 dari yg packing biasa (kos plastik). Tapi mmg mudah nak simpan, lebih tahan, bertutup...

Kalau nak order, sila contact saya.

Terima kasih
Wssalam
Jamal

Thursday, August 12, 2010

HARGA DODOL 2010

Assalamualaikum,

Di bawah ialah harga dodol untuk tahun 2010. Saya bercadang mengekalkan harga tahun lepas, di samping ade sedikit perubahan2 lain.
Untuk jenis2 dodol masih lagi sama seperti sebelum ini, cuma tambahan ade perasa PANDAN!

Dan packing2 nya,

1) Standard pack 1/2 kg atau 1 kg, juga boleh masuk dalam bakul.


2) Kecil2 segitiga (cube), 1/2 kg atau 1 kg, atau dimasuk dalam bakul 300g, atau packing sandwich 280g




3) Cup (cawan kecil), dijual sebijik2 atau dipack 12 pcs.



Sila contact saya utk sebarang pertanyaan atau penempahan. Utk sekitar KL, Bangi, penghantaran boleh diuruskan. Charge penghantaran mungkin dikenakan jika agak jauh (spt Shah Alam, Subang Jaya...)

Terima kasih
Jamal

Monday, August 9, 2010

TEMPAHAN DODOL BULAN RAMADAN

Assalamualaikum.


Tempahan dodol untuk bulan Ramadan ini dibuka. Tempahan diterima dalam masa 2 minggu, dan selepas tu penghantaran akan dibuat InsyaAllah pada minggu terakhir Ramadan.

Dodol macam biasa ada beberapa jenis (boleh refer pada post saya yg dulu2).
1) Gula melaka (biasa)
2) Pandan
3) Durian
4) Wajik sirat

Packing2 dodol pun ade beberapa jenis.
1) Packing biasa 1/2kg atau 1kg.
2) Bungkus kecil2 bentuk segitiga. Yg kecil2 ni pun dijual 1/2kg atau 1kg.
3) Bungkus daun (bakul) (1kg atau 400g atau yg kecil2 tu dimasuk dalam bakul)
4) Dalam cup kecil kemudian dibungkus 12cup 1pack.

Cuma harga terbaru saya belum sempat tanye lagi. InsyaAllah nanti saya masukkan.

Sebarang pertanyaan & tempahan boleh hubungi saya di 0196088345 atau email jrhtml@yahoo.com

Wsalam

Jamal

Wednesday, July 28, 2010

Rezeki Tempahan


Assalamualaikum,

Baru2 ni (tak la baru sangat, dah 3 minggu kot), Kak Rozi call utk tempahan dodol & door gift. Masa tu mmg last minit jugak la. Kak Rozi call tak silap hari Selasa/Rabu, nak suruh saya buatkan door gift dodol, pastu nak hantar Sabtu. Saya di Kl, dodol di Melaka. Kebetulan pulak masa tu Jumaat saya akan ke Penang sempena pernikahan abang...

Alhamdulillah semua nya selamat. Door gift pun selamat, sempat pulak buat door gift utk kenduri kawin abang sekali. Dan abang pun selamat nikah. Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagia ke anak cucu. Amin...Dalam setiap uncang saya letak 2bijik dodol, campur2 la, ade yg dodol pandan + dodol biasa, ada yg wajik sirat + dodol...

Kalau nak tempahan, harga satu uncang RM80sen (beg + 2 bijik dodol)



Dodol2 ni pun fresh, baru ambik kat Umbai.

Kalau biasa orang bubuh gula2, sumi jelly, dalam door gift orang kawin kan, ape salahnya kita buat kueh2 tradisional cam dodol ni. Jadi saya sempat la buatkan sikit utk kenduri kawin abang di Penang.

Thursday, February 18, 2010

Dodol Melaka

Salam

Kepada mereka yg masuk blog ni utk mencari dodol, membeli dodol, sila refer pada arkib2 lama utk melihat senarai dodol & harga dodol.

Maaf sebab sambil2 tu saya juga menulis blog...

Jamal