Harga

Harga

Tebang Pokok, Mesin Rumput, Mengecat dan kerja2 am

Tebang Pokok, Mesin Rumput, Mengecat dan kerja2 am

FUTSAL & BADMINTON COURT CONSTRUCTIONS

FUTSAL & BADMINTON COURT CONSTRUCTIONS

Tuesday, August 16, 2011

Door Gift




Salam,

Terima kasih kepada semua pelanggan2 saya. Ramai jugak yg call utk membeli dodol pada tahun ni. Alhamdulillah..rezeki.

Anyway, baru2 ni saya dapat order dari customer di Cyberjaya, utk buat gift kepada staff di satu company.

Dodol yg ditempah ialah 200g biasa, utk dimasukkan dalam kotak yg dia sediakan.

Sebagai contoh jer. Dodol kecil2 segitiga pun boleh dimasukkan dalam kotak ni. Lebih kemas.


Utk VIP, dia memilih dodol kecil2 segitiga utk
dimasukkan dalam bakul.

So, semalam setelah di pack2 semua, masuk kotak, saya pun hantar la ke Cyberjaya.

Yg kelakarnya, saya kena tahan POLIS masa hantar dodol tu.

Sebab saya gunakan kereta KENARI saya jer. So mmg pack giler la jadi nye kereta tu dgn kotak2. Kereta kenari ni mmg SERBAGUNA. Turunkan seat belakang dia, macam2 boleh masuk. Stakat TV29inchi, washing machine, peti sejuk bagai...

So agaknye POLIS tu tgk lain macam jer barang byk sgt, dia pun follow saya, dan tahan saya. Dia tanye ape benda kat belakang tu. Sy pun kata dodol.

Dia pun check, bukak kotak tu dan tgk. Then dia kata SALAH ni bawak barang perniagaan guna kereta. Kena guna LORI atau KENDERAAN utk angkat barang perniagaan.

Saya kata tak tau pulak. Sy ingat ni barang persendirian, boleh pakai kereta sendiri jer.

Dalam hati saya kata, ingat aku untung RIBU2 ke jual dodol. Kalau nak bayar LORI utk hantar dodol, untung habis bayar lori jer la...hihihih

Anyway, alhamdulillah dah selamat hantar. Harap2 semua ok la.

Thanks to my customer semua.

Salam
Jamal





Tuesday, July 26, 2011

Door Gift
















Salam semua,


Kalau tak silap, bulan 5 atau 6 yg lepas, ade sorang customer saya, Cik Alina (skarang dah jadi Puan Alina..), dari Bukit Damansara, order dodol dlm quantiti yg byk.


Dodol tu dia gunakan utk door gift sempena majlis perkahwinan nyer.



Saya mintak Alina utk hantar gambar door gift yg dia buat, utk dikongsi dalam blog ni.
Mane tau ade sesape nak jadikan idea utk buat door gift utk majlis bertunang ke, kahwin ke...



Terima kasih kepada Alina, Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.














Jamal

Tuesday, July 5, 2011

Hamper

Salam,

Baru2 ni saya dapat order dodol dari customer lama. Dia order dodol bakul, utk hamper & gift.

Dodol ni dalamnya mmg seketul je la. Dan dibungkus dgn plastik lagi dalam nye.
Ade 2 jenis, 400g & 800g.

Tapi kalau dodol yg segitiga kecik2 tu nak dimasukkan dalam bakul ni pun bole.
Tp harga lain la yer :)

Warna daun tu random. Tak leh nak pilih2. Kalau kebetulan ade warnanye, ade la.

Sekian
Jamal

Monday, July 4, 2011

Dodol Delivery

Salam Semua,

Saya mintak maaf la kalau ramai yg rasa saya ni TAK BERPATUTAN.

Tp saya mintak sama2 memahami la keadaan saya.

Kalau dodol yg diorder tu sikit qty nyer, agak susah la saya nak balik ambik. Tp kalau kebetulan saya mmg plan balik Melaka, saya ambik la skali. Tp kalau sy takde plan balik Melaka, kena tunggu masa saya balik la.

Penghantaran pulak, kalau sekitar Bangi, Putrajaya, UPM area... boleh la saya gagahkan. Tapi kalau ke Shah Alam, Subang Jaya, Damansara, Kepong bagai...
Kalau sy mintak delivery charge, kena faham2 la. Minyak skarang pun bukan murah. Tol lagi kekadang tu..

Tp saya tak kecik hati pun kalau order pastu cancel. Sbb tu hak masing2 kan...

Cuma saya harap kita sama2 memahami la...

Lg skali saya mintak maaf la kalau sy tak dpt melayani semua kehendak pelanggan.

Jamal

Wednesday, June 22, 2011

HARGA 2011/2012

Salam semua...

Setelah mesyuarat berkali2 dgn makcik dodol tu (macam iye2 jer..heheh), saya telah berjaya memujuk hati makcik tu dan hati saya utk mendapat harga terbaru dodol tahun ni. Ade yg naik, dan ade yg saya berjaya maintain harga last year. So berikut harga dodol bg tahun 2011.

Dodol Pack Biasa
1/2 kg - RM 8
1 kg - RM 15
(semua perisa sama harga dan boleh campur2)

Dodol kecil2 segitiga
1/2 kg - RM 9
1 kg - RM 18
(semua perisa sama harga dan boleh campur2)

Dodol bakul
400 g - RM 8
800 g - RM 16
(semua perisa sama harga dan boleh campur2)

Dodol cup kecil
100 g - RM 1.50 / cup
60 g - RM 1.00 / cup
cup kecil - RM 0.60 / cup

Sebarang order utk hari raya perlu dibuat selewat2 nye 3 minggu sebelum raya (maksudnye first week puasa tu last order la yer).

p/s: Gambar2 dodol boleh tgk balik post2 lama. Nanti sy ambik gambar baru, saya post lagi.

Sekian terima kasih.
Jamal

Monday, April 18, 2011

Produk baru

Salam semua...

















Saya nak kenalkan produk baru DODOL MELAKA, dalam CUP.

Ada 3 jenis cup.

1) Cup kecil (60sen/cup) 2) Cup besar 60g (RM1.00/cup) 3) Cup besar 100g (RM1.50/cup)







Ketiga2 cup ini boleh diisi dengan semua jenis dodol (dodol biasa/durian/pandan/wajik sirat), boleh dicampur kesemua jenis dodol dalam satu order, dan harga masih tetap sama mengikut saiz cup.
DODOL segitiga kecil

Bagi dodol segitiga kecil, seperti yang telah saya tulis dalam post sebelum, harga NAIK sikit.

Jenis2 dodol masih tetap sama, dan harga juga sama tanpa mengira jenis dodol.
Bagi dodol segitiga kecil, harga adalah seperti berikut

RM 9 / 1/2kg RM 18 / 1kg









Sekian, kalau nak order calling2 la yer.

Jamal
19/4/2011

Monday, April 11, 2011

Naik Naik Naik

Salam Semua...

Syukur kerana masih dipanjangkan umur kita...

Saya ingin memberitahu kepada semua, bahawa ade KENAIKAN dalam harga dodol utk tahun 2011. Ye la barang semua naik harga, minyak naik, santan naik, plastik naik...

Saya masih lagi belum mendapat senarai harga terbaru utk semua jenis.

Cuma buat masa ni harga baru DODOL KECIL (Segitiga) ialah RM 18/kg. Harga lama RM16/kg.

Sekian wsalam
Jamal
11/4/2011